Salam hendaknye, ari ni nk cerita time lepak-lepak jer, huh penat jugak hari ini, baru je habis katering berbuka puase tadi, terus je melepak2 berburak2 ngan gang-gang, biasala jarang-jarang jumpakan dan bukan senang nak dapat peluang lepak-lepak macam dulu-dulu, masing-masing dah ada komitmen, keluarga, kerja dan sebagainya.Tapi kira lama jugakla aku x melepak sampai ke pagi, kalau tidak dulu dari matahari terbenam sampai matahari timbul, masih melepak, x kirala kat kedai mamak ke, kat depan rumah ke.
Tapi aku memang suka, ini jerla aktiviti dengan kawan2 yang boleh aku ikut, nak brjalan-jalan susah semenjak dah kawin dah ada anak, mood nak kuar merayau-rayau memang dah tak da, syok lagi lepak depan rumah ditambahkan lagi ada la juadah dengan air nescafe, lagi la menjadi tapi satu jelah, bahan api membakar tuh mesti laju la abis, x sedar. Cuma satu jer la, kitorang lepak-lepak bukan berburak benda-benda x berfaedah, kosong, gelak ketawa, mengutuk ke, yang selalu orang perempuan kadang-kadang x paham pasal lelaki. Kitorang lepak ni sampai kul 3pagi, macam-macam isu yang dibualkan dibincangkan, dari isu politik, sejarah, hikayat, dunia, antarabangsa, perihal-perihal semasa dan yang paling baik ada juga berburak pasal agama dan ilmu. Bukan lepak saja la, mungkin tidak menghasilkan duit tapi banyak topik diperbincangkan dan diburakkan dari segi duniawi dan juga akhirat. Sebab tu aku suka lepak macam ni, bukan pegi merayau tak tentu hala, lepak tepi2 jalan tengok kete racing, tengok awek ke, pegi mabuk ke, party ke tapi hanya duk depan rumah berbekal kan air panas seteko, layan jer la kan.
Jadi janganla bersalah anggap bahawa melepak macm ni merosakkkan akhlak, kerosakkan akhlak adalah bergntung kepada diri seseorang tu, apa yang dia rasa dia nak dalam hidup tu. Jadi bila kadang-kadang kita berburak time-time macam ni, tenang, sepi jadi perbualan tu lebih jelas dan matang. Gelak ketawa, kutuk mengutuk tetap ada biasala iklan, kalo serius sangat pun x syok la lepak tanpa ada gurau senda.
Berburak macam ni banyak dpat nasihat, pendapat, cerita dan pengalaman. Aku saja je tulis pasal ni bukan ada apa-apa nak penuhkan isi bloq ni aje, hehe....
apa pun melepak bukan la satu perkara yang sia-sia bila digunakan dengan betul dan jalan yang elok..sekian trima kasih
selamat malam dan pagi, nak sahur da ni.
No comments:
Post a Comment